Friday 20 February 2009

Buat sahabat yang dikasihi kerana Allah S.W.T

untuk para sahabat sekalian, renungilah yer....




Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana.
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita
Sebagaimana kita mengharapakan keikhlasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..tetapi kita sering terlupa

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan
Harapan dan impian juga kita luahkan
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..
Kita tidak tahu.
Tetapi.jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu..

p/s : saya tertarik pabila terbaca petikan berikut daripada sebuah buku hasil nukilan Prof. Dr. Muhaya Haji Mohamad di dalam buku beliau bertajuk ' HOW TO BECOME A GOOD & SUCCESSFUL MEDICAL STUDENT'. Dalam petikan tersebut, beliau menekankan aspek 'humbleness' sebagai tunjang kehidupan buat semua orang yang bergelar manusia. Kerana dengan istilah humbleness inilah, kita akan dihormati orang bukan atas kehendak kita,tapi atas kehendak mereka sendiri. Buat diri kita yang bergelar sahabat, jadilah kita seorang yang humble, bukan sahaja pada sahabat kita yang lain tetapi for sure to our creator, Allah S.W.T..

'No one has the right to harass or look down upon anybody else. Humbleness is important to be instilled in whatever stage of your life especially so when you climb higher in the ladder of life. A good way to have this humbleness is to train oneself to do things like cleaning the toilet, eating on the floor and make friends with the poor rather than the rich'

RENUNGKANLAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA
A FRIEND IN NEED IS A FRIEND INDEED

2 comments:

MIA QISTINA said...

i dedicate this post to my beloved ainullisa

hirumi, it's a really wonderful piece

hirumi said...

^_^ thanx mia qistina..

harap2 istiqamah :)