Kaifa Halukum?InsyaALLAH nahnu bikhoir. ALhamdulillah.
Direct to the point.Tepat pada jam 9 malam bertarikh 23/2/2009, kami (pelajar2 Czech dari Malaysia) telah didatangi dalam YM dan Paltalk oleh Ustaz Maszlee Malik. Terima kasih kepada Ustaz kerana sudi meluangkan masa buat kami yang dahagakan ilmu. Ustaz pada hari itu dengan sukacitanya berkongsi ilmu yang boleh dielaboratekan dalam Surah Al-Hujurat..
Surah Al-Hujurat merupakan surah yang ke 49 di dalam Al-Quran. Ia adalah jenis Surah Madaniyyah (turun di Madinah).
Antara ciri2 Surah Madaniyyah ialah:-
- diturunkan kepada Rasulullah S.A.W selepas hijrah baginda
- merangkumi hukum-hakam (contohnya berkenaan ibadah, muamalat, kekeluargaan dll).
Antara ciri2 Surah Makiyyah ialah:-
- berkaitan tentang Allah S.W.T, hari kiamat, nasib manusia (nasib golongan yang patuh pada perintah Allah, nasib golongan yang mungkar) , keadaan dalam neraka dll
Terus kepada isi2 penting dan rumusan yang mampu saya catatkan daripada Talk yang saya dengar malam tu (maybe tak semua isi yang saya dapat catatkan memandangkan some problem occured during the talk)
Dinamai Al Hujuraat diambil dari perkataan Al Hujuraat yang terdapat pada ayat 4 surat ini. Ayat tersebut mencela para sahabat yang memanggil Nabi Muhammad SAW yang sedang berada di dalam kamar rumahnya bersama isterinya. Memanggil Nabi Muhammad SAW dengan cara dan dalam keadaan yang demikian menunjukkan sifat kurang hormat kepada beliau dan mengganggu ketenteraman beliau.
Ayat pertama :Kalau dilihat pada tafsir ayat ini, Allah S.W.T memberi penegasan berkenaan dengan pelaksanaan sesuatu perkara dalam islam brsandarkan method2 yang tertulis dalam ayat pertama ini. Maksudnya, orang2 mukmin tidak boleh menetapkan sesuatu hukum sebelum ada ketetapan dari Allah S.W.T dan Rasul-Nya.
Ada yang bertanya, kalau tiada ketetapan dari Allah S.W.T dan Rasul, bagaimana? Ijtihad (akal kemudian)..Tercatat kisah dalam Tafsir Ibn Kathir tentang Muaz Bin Jabal pabila ditanya Nabi, hendak berhukum dengan apa? Jawab beliau, Allah S.W.T , Rasul, Ijtihad..
Daripada ayat dan kisah diatas, ternyata, menetapkan sesuatu hukum bukanlah berlandaskan akal atau emosi semata2..Ianya harus didahului oleh Allah dan Rasul :)
Ada yang bertanya tatkala terbaca daripada sumber2 yang mengatakan:
'Tinggalkan dakwah walau sesaat = berdosa'
Pada pandangan Ustaz Maszlee, kenyataan itu adalah retorik, tak bersandar pada nas tapi bersandar pada emosi. Itu tak seharunya berlaku kerana dalam mengeluarkan satu kenyataan, kita mesti bersikap rasional dan berdasarkan bukti2 yang kukuh (seperti yang tercatat dalam Al-Quran dan As-Sunnah)..
Jom lihat tafsir [3:104].Ia berkenaan dengan dakwah
'Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung'
Jom lihat tafsir [3:104].Ia berkenaan dengan dakwah
'Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung'
From here, Allah tak berkata, tinggalkan dakwah sesaat itu = berdosa. Wallahua'alam :)
Ayat 2 :
Terdapat banyak riwayat ASbabun Nuzul (sebab turunnya ayat) ayat ke dua ini. ANtaranya ialah :-
Surah ini diturunkan pada Abu Bakar dan Umar R.A pabila Rombongan Bani Tamin (berpengaruh di Semenanjung Arab) ini ingin berjumpa dengan Rasulullah. Maka Abu Bakar mencadangkan salah seorang dari mereka untuk menjadi ketua. Tetapi Umar mencadangkan orang lain. Abu Bakar berasa kecik hati memandangkan tindakan Umar. Maka turunnya ayat ini..
Ada satu lagi riwayat - about Thabit Bin Qais yang memiliki suara yang besar dan kuat). Beliau sering kali mengikut Rasulullah dalam Majlis2 yang diadakan. Pabila turunnya ayat ini, beliau terasa yang ayat itu diturunkan pada beliau (kerana beliau merasakan suara beliau sangat tinggi dan melebihi suara Rasulullah). Maka utk mengelakkan pahala amalan terhapus, beliau mengelakkan diri dari berjumpa Rasulullah S.A.W. Rasulullah menyedari hal itu lalu menyuruh sahabat lain mencari Thabit. Then, Thabit menceritakan kisah sebenar kepada sahabat itu dan sahabat pergi menemui Rasulullah dan menceritakan hal itu. Dan Rasulullah berkata kepada Thabit bahawa Ayat yang diturunkan itu tiada kaitan dengan Thabit. Ayat itu merujuk kepada sifat org munafik.. :)
Pengajaran daripada ayat ini : kita boleh lihat bagaimana sifat2 sahabat yang suka reflex ayat2 quran yang diturunkan pada diri mereka sendiri (mudah terasa).INDAHNYA!
Ayat 4 n 5 :
berkaitan dengan adab bersama Rasulullah
Asbabun Nuzul: Merujuk kepada seorang Arab, Al-Aqrab (Badwi), seorang yang kasar, lasak, hidup di padang pasir, tak bertamadun. Telah memanggil Rasulullah dari luar bilik. Maka Rasulullah keluar secara tergesa-gesa dalam keadaan tidak selesa. Maka turunnya ayat ini..
Pengajaran : Mengikut adab tetamu dalam Islam, kita sebagai tetamu (tak kira la tetamu undangan atau tetamu yang tak diundang :p), pabila datang ke luar pagar rumah seseorang, hendaklah memberi salam sebanyak 3 kali. Kalau salam ke-3 tidak juga dijawab, maka tinggalkan rumah itu. Tapi duration between salam tu buat la lama sikit. Takut2 penghuni rumah tu tengan buat kerja ke, atau apa2 je la :). Janganlah pulak bila pintu tak dibuka, kita gi tendang2 plak pintu.hehe
Ayat 6 :
Berkaitan dengan method penerimaan berita
Merujuk kepada sikap sesetengah manusia yang suka mendengar atau menerima sesuatu tanpa usul periksa which can lead to penyesalan dek maklumat yang tidak tepat. Lebih2 lagi jika ia berkaitan dengan maruah dan nyawa. Nauzubillah minzalik..
Sebab tu ulama' hadis sangat teliti dan berhati2 dalam menapis setiap hadis yang ada.
Tapi bagaimana?
Mereka meneliti hadis2 dengan menyelidik orang2 yang menyampaikan hadis (samada orang yang meriwayatkan hadis itu normal atau ada unsur gila), berita tersebut samada benar atau ada keraguan, and the source.
Maka, kita sebagai pendengar dan pembaca (yang baca blog ni jugak), PASTIKAN PENULENAN!. Even u got it from ulama'! kerana Manusia bersifat pelupa. Tak semua manusia PERFECT. Ada yang buat silap tanpa disedari. Maka, HATI-HATI!
Ayat 7,8,9 - tak dapat dengar atas masalah YM connection :(
Ayat 10 -
berkaitan dengan soal mukmin itu bersaudara. Kita bersaudara? Saya dengan Shiraaj bersaudara? Ha ah.kita semua bersaudara. Kerana kesamaan kita dalam satu millah (agama), kita bersatu dalam satu akidah iaitu mentauhidkan Allah, dan kiblat yang sama iaitu Baitul Haram. Kita juga diikat pada kitab yang satu iaitu Al-Quran dan Rasul yang satu iaitu Muhammad S.A.W (bukan pak kahar yang kononnya Rasul di kalangan umat melayu) serta satu manhaj iaitu Syariat Islam..
Lihatlah gambar. Walaupun kita datang dari negara yang berbeza dan juga warna kulit yang berlainan, kita tetap bersaudara! ..
and the rest of ayat, akan disambung di lain hari. insyaallah. Wallahua'alam
No comments:
Post a Comment